Tuesday 21 February 2012

KOLEKSI SOALAN KAEDAH FIQHIAH STPM

SOALAN KAEDAH FIQHIAH
La dharara wala dhirar
1.       Huraikan maksud kaedah la dharara wala dhirar.[8]
2.       Dengan memberikan tiga contoh, jelaskan bagaimana kaedah ini dipakai untuk menyelesaikan masalah semasa. [12] 2000

1.       Huraikan kaedah la dharara wala dhirar dari segi pengertian dan dalil, serta jelaskan dua kaedah terbitannya. [10]
2.       Dengan menggunakan kaedah la dharara wala dhirar, nyatakan kaedah yang terbit bagi contoh-contoh yang berikut:
i.                     Seseorang ditegah mengurus harta miliknya jika pengurusan tersebut membahayakan dan memudaratkan orang lain.
ii.                   Ayam ternakan komersial dibunuh bagi tujuan mengawal wabak selesema burung.
iii.                  Untuk mrnghindarkan sawahnya daripada tenggelam, seseorang tidako bleh melakukan perbuatan yang menyebabkan sawah kepunyaan orang laian tenggelam dan musnah.
iv.                 Seorang wanita membuka tudung kepalanya untuk mengelak daripada ancaman musuh.
v.                   Doktor lelaki yang merawat wanita ajnabi diharuskan melihat tempat yang sakit sahaja.                                                 [10]                        2007
Al-umur bimaqasidiha
1.       Jelaskan kaedah fikah al umur bimaqasidiha.[8]
2.       Huraikan empat kaedah yang terbit daripada kaedah al umur bimaqasidiha. [12] 2001
Al- yaqin la yuzal bisysyakki
1.       Huraikan kaedah al-yakin la yuzal bisysyakki dari segi pengertian, dalil, dan contoh. [8]
2.       Dengan memberikan contoh, jelaskan empat kaedah yang terbit daripada kaedah al-yaqin la yuzal bisysykki. [12] 2003
1.       Dengan memberikan dalil,jelaskan kaedah al-yaqin la yuzal bissyakki. [8]
2.       Kaedah al-yaqin layuzal bissyakki telah menerbitkan pelbagai kaedah yang lain. Dengan memberikan contoh, huraikan kaedah-kaedah tersebut. [12] 2006

1.       Huraikan kaedah al-yaqin layuzal bissyakki dari segi pengertian, contoh, dan dalil. [8]
2.       Dengan menggunakan kaedah terbitan daripada kaedah  al-yaqin layuzal bissyakki, selesaikan masalah yang berikut:
i.                     Dalam satu pelaburan, pemodal mendakwa bahawa pelaburan mereka mendapat keuntungan tetapi dinafikan oleh pengusaha. [3]
ii.                   Keputusan yang perlu diambil oleh mahkamah terhadap seorang tertuduh yang kesalahannya gagal dibuktikan oleh pendakwa raya. [3]
iii.                  Ketika hendak menunaikan solat, seorang lelaki berasa syak sama ada dia telah mengambil wuduk atau belum. [3]
iv.                 Seorang pemburu telah Berjaya menangkap seekor burung yang besar yang jenisnya belum pernah diketahui. Beliau berasa waswas sama ada burung itu halal atau haram untuk dimakan. [3]
Al-masyaqqah tajlibut taisir
1.       Denganmemberikan contoh dan dalil, jelaskan kaedah almasyaqqah tajlibut taisir. [8]
2.       Berdasarkan kaedah al-masyaqqah tajlibut taisir, terangkan empat jenis takhfif dalam Islam. [12] 2004
Firman Allah swt : وما جعل عليكم في الدين من حرج
Ertnya: Dan Dia tidak sekali-kali menjadikan kesempitan bagi kamu dalam agama.
1.       Merujuk kepada dalil di atas, nyatakan kaedah dalil tersebut dan berikan lima bentuk keringanan yang diuntukkan oleh syarak. [12]
2.       Berdasarkan kaedah fiqh, nyatakan hokum dan kaedah bagi persolan yang berikut:
i.                     Seorang pelajar perempuan ditemani oleh rakan-rakan  lelaki yang bukan mahram semasa perjalanan mereka ke dewan kuliah.
ii.                   Tentera Islam memusnahkan kereta kebal musuh dan kekayaan yang dimiliki oleh musuh Islam.
iii.                  Seorang wanita, yang dalam tempoh idah kerana kematian suaminya, keluar rumah untuk mencari nafkah diri dan anak-anak.
iv.                 Seorang lelaki mempertahankan dirinya daripada peragut lalu menyebabkan peragut tersebut meninggal dunia. 2008
 [8]
Al-adah muhakkamah
1.       Dengan memberikan contoh, huraikan al-adah muhakkamah dari segi pengertian dan dalil. [8]
2.       Dengan memberikan contoh, jelaskan maksud adat dan empat syarat keharusan beramal dengannya. [12] 2005

1.       Huraikan kaedah al-adat muhakkamah dari segi pengertian dan contoh, serta nyatakan dua kaedah lain yang berkaitan dengan adat. [10]
2.       Jelaskan tiga syarat adat yang ditetapkan dalam kaedah al-adat muhakkamah. [6]
3.       Berdasarkan syarat adat pada bahagian (b) di atas, selesaikan kes yang berikut:
i.                     Dalam sukan renang , memakai pakaian yang ketat dan hanya menutup beberapa bahagian kecil tubuh badan sudah menjadi adat. [2]
ii.                   Dalam mayarakat Melayu , memakai kain sarung ketika bersolat sudah menjadi adat sedangkan Rasulullah saw tidak pernah memakainya. [2]
2010