Sunday 29 January 2012

KOLEKSI SOALAN STPM BAB MUNAKAHAT

KOLEKSI SOALAN STPM SYARIAH 1
BAB MUNAKAHAT

1.       Muqaddimah
2.       Pra perkahwinan
2004
1.            a. Jelaskan lima etika pergaulan antara lelaki dengan perempuan selepas ikatan pertunangan.[12]
b. Terangkan perkara yang harus dan tidak harus dilakukan apabila ikatan pertunangan terputus.[8]

3.       Perkahwinan
4.       Tanggungjawab suami isteri
2011
1.       a. Jelaskan maksud tanggungjawab bersama suami isteri, dan huraikan lima tanggungjawab tersebut. [12]

b. “ Peningkatan gejala samseng jalanan dalam kalangan remaja dikaitkan dengan kegagalan ibu bapa dalam menunaikan tanggungjawab mereka.” Bincangkan pernyataan ini. [8]
2002
1.       a. Berdasarkan maksud di dalam al-Quran surah al-Nisa’, ayat ( بالمعروفوعاشروهن ( Allah mewajibkan para suami supaya bergaul dengan isteri dengan cara yang baik. Berikan ulasan anda bagaimana pergaulan yang dimaksudkan oleh ayat tersebut dalam konteks tanggungjawab suami terhadap isteri. [10]
b. “ Kerukunan sesebuah keluarga banyak bergantung kepada kefahaman dan tindakan setiap pasangan suami isteri terhadap tanggungjawab masing-masing.” Jelaskan pernyataan ini. [10]

2003
1.       a. Jelaskan enam tanggungjawab bersama suami isteri dalam syariat Islam. [12]
        b. Tugas isteri dalam rumah tangga adalah berbentuk sukarela semata-mata. Bincangkan. [8]
2007
1.a. Huraikan lima tanggungjawab isteri terhadap suaminya menurut syariat Islam. [10]
b. “Faktor utama yang menyebabkan berlakunya krisis atau keretakan rumah tangga dalam masyarakat pada masa ini ialah isteri yang sibuk dengan kerjayanya.” Bincangkan.[10]

5.       Penyelesaian terhadap krisis perkahwinan
2011
2.    a. Jelaskan konsep  ila’ dari segi pengertian, rukun, dan kafarah.[11]
       b. Dengan memberikan alas an, nyatakan kedudukan kes yang berikut dari sudut ila’.
i. “Dengan nama Tuhan al-Rahman, aku bersumpah tidak akan berjimak dengan  engkau selama 10 hari,” kata seorang suami kepada isterinya. [3]
ii. Seorang suami telah melakukan ila’ dalam keadaan separuh sedar setelah tersilap mengambil ubat. [3]
iii. Seorang lelaki bersumpah di hadapan bakal isterinya bahawa dia tidak akan menyetubuhi wanita itu selama 6 bulan mulai tarikh mereka bernikah. [3]

2001
2.            a. Maya ialah seorang isteri yang mempunyai kedudukan yang baik dalam pekerjaan berbanding dengan suaminya. Dengan kedudukan yang demikian, Maya berasa bangga dengan dirinya. Sikap ini dibawa dalam kehidupan rumah tangganya, dan dia bertindak membelakangkan suaminya dalam semua urusan rumah tangga, malah dalam banyak hal, Maya telah melakukan perkara-perkara yang menyalahi tuntutan Islam seperti menghina suami, keluar rumah tanpa izin suami, tidak mengurus rumah tangga termasuk anak-anak, dan menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Suaminya yang tidak bertahan dengan sikap buruk Maya telah membuat aduan di Mahkamah Syariah untuk menyelesaikan masalah isterinya. Kesnya telah dirujuk kepada Unit Perunding dan Pembangunan keluarga, Jabatan Agama Islam.
         Sekiranya anda dilantik sebagai seorang kaunselor di Unit Perunding dan Pembangunan Keluarga, jelaskan tindakan yang perluanda lakukan bagi menyelesaikan masalah Maya dengan suaminya menurut Islam.[12}
b. “ Peningkatan peratusan krisis rumah tangga adalah disebabkan oleh isteri yang bekerja.” Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut?[ 8]

2003
2.    a. Terangkan konsep zihar dari segi pengertian, hukum, dalil, dan hkmat. [12]
b. Huraikan implikasi zihar terhadap pasangan suami isteri. [8]

2004
2.            a. Jelaskan lima faktor yang membawa kepada berlakunya sesuatu krisis dalam sesebuah rumah tangga.[10]
          b. Terangkan lima bentuk pergaulan suami isteri yang paling ideal dan diberkati Allah swt. [10]
2005
1.a. Jelaskan konsep ila’ dari segi pengertian, dalil , hokum, dan kafarahnya.[10]
b. Seorang isteri telah bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak akan tidur bersama dengan suaminya selama setengah tahun. Dengan mengemukakan rukun ila’,  analisis sejauh mana kes ini memenuhi rukun tersebut.[10]

2006
1.       a. Terangkan pengertian li’an dan huraikan cirri-ciri li’an .[12]
b. Jelaskan kesan li’an terhadap hubungan suami isteri. [8]

6.                   Talak
2008
1.       a. i. Nyatakan rukun talak. [3]
ii. Dengan memberikan dalil , jelaskan tiga syarat seorang suami boleh menjatuhkan talak terhadap isterinya. [7]
b.Bincangkan lima faktor yang menyebabkan peningkatan kes perceraian di Malaysia. [10]

7.       Idah
2000
2.    a. Jelaskan pendapat ulama tentang nafkah  isteri dalam masa idah. [12]
b. Huraikan keadaan –keadaan yang menunjukkan bahawa terdapat salah faham segolongan masyarakat Melayu tentang hukum beridah menurut Islam.[8}

8.       Rujuk
2007
2. a. Huraikan lima hokum merujuki isteri yang masih dalam idah. [10]
b. Dengan memberikan contoh, jelaskan syarat sah rujukmelalui penggunaan perkataan.[10]

9.       Rumah tangga dalm konteks masyarakat
2001
1.       a. Jelaskan hak-hak jiran tetangga menurut Islam. [8]
b. Berikan ulasan anda tentang hubungan yang lazim di kalanganjiran tetangga dalam masyarakat masa kini. [12]
2010
1.       a. Dengan memberikan dalil , jelaskan tiga perkara yang perlu dilakukan untuk menjalinkan hubungan baik antara keluarga dengan masyarakat. [8]
b.Huraikan enam factor yang merenggangkan hubungan antara keluarga dengan jiran tetangga dalam masyarakat moden hari ini. [12]

10.   Poligami
2000
1.       a. Terangkan konsep keadilan dan kemampuan dalam poligami menurut Islam.[6]
b. Huraikan lima hikmat Islam membenarkan umatnya berpoligami. [14]
2005
2. a. Jelaskan konsep poligami dari segi pengertian, hokum, dan dalil serta nyatakan tiga hikmat poligami.[8]
b. Huraikan empat syarat yang perlu ada bagi melayakkan seseorang lelaki berpoligami. Nyatakan pandangan anda terhadap peraturan dan prosedur poligami yang diamalkan di Malaysia.[12]


11.   Persoalan semasa tentang perkahwinan
2002
2.    a. Nyatakan sumber hokum oleh ulama fiqh Sunni dan Syiah tentang nikah muta’ah serta       berikan ulasan anda. [10]
b. Jelaskan kesan hokum nikah muta’ah dari segi hokum syarak dan undang-undang pentadbiran keluarga Islam yang dikuatkuasakan de negara ini.[10]
2006
2. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Zamri seorang yang terkenal dan beliau mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak. Setahun selepas mendapat anak  ketiga, beliau berkenalan dengan seorang gadis yang berusia 15 tahun. Mereka mendirikan rumah tangga secara “kahwin lari “ dan kemudian tinggal bersama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tiga tahun kemudian, Zamri meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

a.       Jelaskan maksud “kahwin lari” dan maslah-maslah yang dihadapi oleh pasangan tersebut. [10]
b.      Berikan ulasan anda tentang hokum “kahwin lari” dan terangkan sebab berlakunya “kahwin lari’. [10]
2008
2. a. i. Nyatakan konsep muhalil dari segi pengertian dan dalil.[4]
ii. Huraikan tiga syarat untuk menghalalkan suami berkahwin semula dengan bekas isterinya yang telah dijatuhi talak tiga. [6]
b.Ulas pandangan ulama tentang hokum nikah muhalil secara bersyarat dan secara tidak bersyarat. [10]
2010
2.       a. i. Terangkan pengertian muta’ah. [2]
ii. Dengan memberikan dalil, jelaskan hokum nikah muta’ah mengikut pandangan ulama.[8]
b.Huraikan perbezaan antara perkahwinan menurut syarak dengan perkahwinan secara muta’ah.[10]



2009

1 comment: