Thursday 5 January 2012

NOTA FARAID DAN SOALAN

PENGERTIAN FARAID



Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah:
menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.

Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
  1. Tanah
  2. Bangunan (rumah).
  3. Barang kemas (emas, perak dll).
  4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

 
CARA PENGAMBILAN HARTA PUSAKA

Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjub, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.
1. Ashabul-Furud
Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.
2. Asabah
Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat  bahagian golongan asabah.  Terdapat 3 jenis asabah iaitu:
(a)  Asabah Binafsih
(b)  
Asabah Bil Ghoir
(c)  
Asabah Maal Ghoir.
(a)  Asabah Binafsih
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung,  saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.
(b)  Asabah Bil Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan  semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.
(c)  Asabah Maal Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung  dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).
3. Dhawil-Arham
Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati.  Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit  (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu:
Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.
(a) Hijab Nuqshon
Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian  Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris  lain yang bersama-samanya.  Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.
(b) Hijab Hirman
Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.
 
ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 11)
 ÞOä3ŠÏ¹qムª!$# þÎû öNà2Ï»s9÷rr& ( ̍x.©%#Ï9 ã@÷VÏB Åeáym Èû÷üusVRW{$# 4 bÎ*sù £`ä. [ä!$|¡ÎS s-öqsù Èû÷ütGt^øO$# £`ßgn=sù $sVè=èO $tB x8ts? ( bÎ)ur ôMtR%x. ZoyÏmºur $ygn=sù ß#óÁÏiZ9$# 4 Ïm÷ƒuqt/L{ur Èe@ä3Ï9 7Ïnºur $yJåk÷]ÏiB â¨ß¡9$# $£JÏB x8ts? bÎ) tb%x. ¼çms9 Ó$s!ur 4 bÎ*sù óO©9 `ä3tƒ ¼ã&©! Ó$s!ur ÿ¼çmrOÍurur çn#uqt/r& ÏmÏiBT|sù ß]è=W9$# 4 bÎ*sù tb%x. ÿ¼ã&s! ×ouq÷zÎ) ÏmÏiBT|sù â¨ß¡9$# 4 .`ÏB Ï÷èt/ 7p§Ï¹ur ÓÅ»qム!$pkÍ5 ÷rr& AûøïyŠ 3 öNä.ät!$t/#uä öNä.ät!$oYö/r&ur Ÿw tbrâôs? öNßgƒr& Ü>tø%r& ö/ä3s9 $YèøÿtR 4 ZpŸÒƒÌsù šÆÏiB «!$# 3 ¨bÎ) ©!$# tb%x. $¸JŠÎ=tã $VJŠÅ3ym ÇÊÊÈ  
11. Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati. dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang Yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat Yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya Yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti Yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


 (an-Nisa : 11)

 
ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 12)
 * öNà6s9ur ß#óÁÏR $tB x8ts? öNà6ã_ºurør& bÎ) óO©9 `ä3tƒ £`ßg©9 Ó$s!ur 4 bÎ*sù tb$Ÿ2  Æßgs9 Ó$s!ur ãNà6n=sù ßìç/9$# $£JÏB z`ò2ts? 4 .`ÏB Ï÷èt/ 7p§Ï¹ur šúüϹqム!$ygÎ/ ÷rr& &úøïyŠ 4  Æßgs9ur ßìç/9$# $£JÏB óOçFø.ts? bÎ) öN©9 `à6tƒ öNä3©9 Ós9ur 4 bÎ*sù tb$Ÿ2 öNà6s9 Ó$s!ur £`ßgn=sù ß`ßJV9$# $£JÏB Läêò2ts? 4 .`ÏiB Ï÷èt/ 7p§Ï¹ur šcqß¹qè? !$ygÎ/ ÷rr& &ûøïyŠ 3 bÎ)ur šc%x. ×@ã_u ß^uqム»'s#»n=Ÿ2 Írr& ×or&tøB$# ÿ¼ã&s!ur îˆr& ÷rr& ×M÷zé& Èe@ä3Î=sù 7Ïnºur $yJßg÷YÏiB â¨ß¡9$# 4 bÎ*sù (#þqçR%Ÿ2 uŽsYò2r& `ÏB y7Ï9ºsŒ ôMßgsù âä!%Ÿ2uŽà° Îû Ï]è=W9$# 4 .`ÏB Ï÷èt/ 7p§Ï¹ur 4Ó|»qム!$pkÍ5 ÷rr& AûøïyŠ uŽöxî 9h!$ŸÒãB 4 Zp§Ï¹ur z`ÏiB «!$# 3 ª!$#ur íOŠÎ=tæ ÒOŠÎ=ym ÇÊËÈ  
12. dan bagi kamu satu perdua dari harta Yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta Yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat Yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta Yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta Yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat Yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. dan jika si mati Yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, Yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. kalau pula mereka (saudara-saudara Yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki Dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat Yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat Yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.


 (an-Nisa :12)

 
ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 176)

y7tRqçFøÿtGó¡o È@è% ª!$# öNà6ÏFøÿムÎû Ï's#»n=s3ø9$# 4 ÈbÎ) (#îtâöD$# y7n=yd }§øŠs9 ¼çms9 Ó$s!ur ÿ¼ã&s!ur ×M÷zé& $ygn=sù ß#óÁÏR $tB x8ts? 4 uqèdur !$ygèO̍tƒ bÎ) öN©9 `ä3tƒ $ol°; Ó$s!ur 4 bÎ*sù $tFtR%x. Èû÷ütFuZøO$# $yJßgn=sù Èb$sVè=V9$# $®ÿÊE x8ts? 4 bÎ)ur (#þqçR%x. Zouq÷zÎ) Zw%y`Íh [ä!$|¡ÎSur ̍x.©%#Î=sù ã@÷WÏB Åeáym Èû÷üus[RW{$# 3 ßûÎiüt6ムª!$# öNà6s9 br& (#q=ÅÒs? 3 ª!$#ur Èe@ä3Î/ >äóÓx« 7OŠÎ=tæ ÇÊÐÏÈ  
176. mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di Dalam perkara Kalaalah itu, Iaitu jika seseorang mati Yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta Yang di tinggalkan oleh si mati. dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan". Allah menerangkan (Hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


 (an-Nisa : 176)

SENARAI AHLI-AHLI WARIS YANG LAYAK MENERIMA HARTA PUSAKA

Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari dari pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka.
Waris dari pihak lelaki seperti berikut:
 1.  Anak lelaki
 2.  Cucu lelaki dari anak lelaki
 3.  Bapa
 4.  Datuk
 5.  Saudara lelaki seibu sebapa
 6.  Saudara lelaki sebapa
 7.  Saudara lelaki seibu
 8.  Anak saudara lelaki dari seibu sebapa
 9.  Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa
10. Bapa saudara seibu sebapa
11. Bapa saudara sebapa
12. Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa
13. Sepupu dari bapa saudara sebapa
14. Suami
15. Hamba sahaya
Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu:
1.  Bapa
2.  Anak lelaki
3.  Suami
Ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka iaitu:
 1.  Anak perempuan
 2.  Cucu perempuan dari anak lelaki
 3.  Ibu
 4.  Nenek sebelah ibu
 5.  Nenek sebelah bapa
 6.  Saudara perempuan seibu sebapa
 7.  Saudara perempuan seibu
 8.  Saudara perempuan sebapa
 9.  Isteri
10. Petuan perempuan bagi hamba sahaya
Jika kesemua ahli waris diatas wujud, hanya 5 orang yang layak:
1.  Anak perempuan
2.  Cucu perempuan dari anak lelaki
3.  Ibu
4.  Saudara perempuan seibu sebapa
5.  Isteri
Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut:
1. Bapa
2. Ibu
3. Anak Lelaki
4. Anak Perempuan
5. Suami/Isteri
 

GAMBARAJAH HIRARKI WARIS YANG LAYAK

Carta Waris ini adalah berdasarkan 25 waris yang layak di faraidkan.
Klik pada kotak untuk mendapat penerangan lanjut...
 

Sila klik pada kotak berkaitan untuk melihat penerangan lanjut mengenai waris
KADAR DAN SYARAT BAGI SETIAP AHLI WARIS
Berikut adalah bahagian yang diperolehi oleh ahli waris mengikut syarak..
 Bahagian Diperolehi
Suami kepada simati
1/2
Tidak mempunyai anak ATAU
Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki
1/4
Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak lelaki

 
 Bahagian diperolehi
Isteri kepada simati
1/4
Tiada anak ATAU
Tiada cucu dari anak lelaki
1/8
Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak lelaki

 
Bahagian Diperolehi
Anak Perempuan Simati
1/2
Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki
2/3
2 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelaki
ASABAH BI-GHAIRIH
Mempunyai anak lelaki - mendapat separuh dari bahagian anak lelaki

 
Bahagian Diperolehi
Cucu Perempuan Anak Lelaki Simati
1/2
Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak
2/3
Mempunyai 2 orang atau lebih DAN tiada anak
1/6
Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama dengan
seorang anak perempuan
ASABAH BI-GHAIRIH
Mempunyai cucu lelaki - mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki.
Terhalang disebabkan mempunyai anak lelaki ATAU 2 anak perempuan
atau lebih

 
Bahagian Diperolehi
Bapa Simati
1/6
Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki
1/6 dan Asabah
Mempunyai anak perempuan ATAU cucu perempuan
dari anak lelaki
ASABAH
Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

 
 
Bahagian Diperolehi
Ibu Kepada Simati
1/6
Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa
1/3
Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU
tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa
1/3 dari baki
Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri

 
Bahagian Diperolehi
Datuk kepada simati
Sama seperti bapa
Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa

 
 
Bahagian Diperolehi
Saudara Perempuan Seibu Sebapa kepada simati
1/2
Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang
menjadikannya Asabah
2/3
Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikannya Asabah
ASABAH
Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk.
Terhalang oleh
disebabkan adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki

 
 
Bahagian Diperolehi
Saudara Perempuan Sebapa
1/2
Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, bapa
DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah
2/3
Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki,
saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya
Asabah
1/6
Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu
sebapa
Asabah
disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk
Terhalang Oleh
1. Bapa
2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung
3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai
anak perempuan dan cucu perempuan
4. Saudara lelaki kandung

 
 
Bahagian Diperolehi
Saudara Seibu (Lelaki/Perempuan)
1/6
Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
1/3
Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
Terhalang oleh
Disebabkan adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki

  Nota dari USIM

 Soalan STPM
1.       a. Dengan memberikan contoh , jelaskan perbezaan antara ahli waris asabah binafsih, asabah bil-ghair dan asabah ma’al ghair. (12)
b. Huraikan pembahagian harta pusaka untuk waris-waris peninggalan simati bagi yang berikut:
i. Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, seorang saudara perempuan sebapa, dan seorang saudara lelaki sebapa. Harta peninggalan si mati ialah sebidang tanah seluas 8 hektar. (4)
ii. Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang saudara perempuan seibu sebapa dan 2 orang anak perempuan daripada anak lelaki. Harta peninggalan si mati bernilai RM 60 000. (4)

2.       a. i. Senaraikan dua waris daripada pihak lelaki dan dua waris daripada pihak perempuan.
   ii. Jelaskan bahagian yang diterima oleh pewaris yang telah anda senaraikan pada
soalan (a) i. dan berikan sebab-sebab serta dalil pembahagian tersebut. (8)
(b) Selesaikan kes-kes pusaka yang berikut:
   i.Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, seorang saudara  perempuan seibu sebapa, seorang saudara lelaki sebapa, dan seorang saudara perempuan sebapa. Semasa meninggal dunia, si mati meninggalkan harta yang terdiri daripada harta alih dan harta tidak alih. Harta alihnya ialah sebuah kereta yang berharga RM50 000, dan harta tidak alihnya ialah seekar tanah yang bernilai RM 50 000. (4)

ii. Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu, seorang anak perempuan, dua orang saudara perempuan  sebapa, seorang saudara lelaki seibu, dan seorang anak lelaki sesusuan. Semasa hayatnya, beliau telah mewasiatkan agar sejumlah RM 20 000 didermakan kepada pihak pengurusan dua buah rumah anak yatim. Semasa meninggal dunia, si mati meninggalkan wang simpanan Tabung Haji sebanyak RM 40 000 dan sebidang tanah seluas 5 hektar yang bernilai RM 500 000. (8)

3.       (a) Terangkan pendapat ulama tentang jenis-jenis pembunuhan yang menjadi halangan kepada pewarisan harta pusaka. (11)
(b) Huraikan pembahagian harta pusaka untuk waris-waris peninggalan si mati bagi yang berikut:
i. Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, dua orang anak perempuan, ibu, dan bapa. (5)
ii. Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan ibu, bapa, tiga orang saudara perempuan seibu sebapa, dan dua orang saudara lelaki seibu. ( 4)

4.       4. a) Dengan memberikan contoh, huraikan konsep hijab dari segi pengertian dan bahagiannya. [10]
    b) Selesaikan kes-kes pusaka berikut:
i . Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan dua orang anak perempuan , tiga orang saudara perempuan seibu sebapa , ibu dan seorang saudara perempuan seibu yang mahjub. [6]
ii. Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan dua orang anak lelaki , seorang anak perempuan dan bapa. Harta peninggalan si mati bernilai RM 600 000. [4]
5. a) Jelaskan tiga sebab yang membolehkan seseorang mendapat harta pusaka dan nyatakan tiga halangannya. [12]
                b) Huraikan pembahagian harta pusaka untuk waris-waris peninggalan si mati bagi yang berikut:
 i. Seorang lelaki yang meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri , seorang anak lelaki yang murtad , seorang anak perempuan , dan bapa. [4]
ii.  Seorang lelaki yang meninggal dunia dan meninggalkan ibu , dua orang isteri, dan seorang anak lelaki. [4]
6.       a) Senaraikan enam waris yang tidak terhalang daripada mendapat harta pusaka, dan jelaskan kadar bahagian mereka. [4]
     b) Selesaikan kes pusaka yang berikut:
i. Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri , bapa, seorang anak lelaki , dan seorang anak perempuan yang mempunyai seorang anak lelaki. [4]
ii. Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan ibu , suami, dua orang anak lelaki dan seorang saudara lelaki seibu sebapa. [4]
7.        a) Nyatakan maksud Ashabul al-Furudh, dan terangkan empat golongan Ashabul al-Furudh serta kadar bahagiannnya. [10]
b) Huraikan pembahagian harta pusaka untuk ahli waris yang berikut:
i. Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan dua orang anak lelaki, seorang anak perempuan, ibu, bapa, dan tiga orang saudara lelaki seibu sebapa. [5]
ii. Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami , ibu, bapa dan tiga saudara lelaki seibu sebapa. [5]


No comments:

Post a Comment